.::Our Precious:: Nadiatul Qistina & Muhammad Danish Mirza::.

By: Nadiatul Qistina And Muhammad Danish Mirza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 29-Oct-2007 03:25 Email | Share | | Bookmark
I am 1 year 11 months old!!

emmmuaaahhhhs!
yey, nak swing!
pa, cepatlah swing!
View all 8 photos...
Pejam celik pejam celik Nadiah dah masuk 1 tahun 11 bulan.Yey! one more month to be 2!!Alhamdulillah, perkembangan Nadiah sangat memberangsangkan..instead of kuat makan sekarang ni dia kuat minum susu!berat pun dah 13 kg.( pada mommy tu pon dah berat dah )
Antara perkembangan Nadiah sekarang.....
Nadiah dah boleh pronounce banyak perkataan dengan baik dan sebut ayat lengkap.
Nadiah dah kenal mana satu tok/tok wan( perak) atok/nenek( johor ).Kalau orang yang besar sket dari dia plak semua dia panggil kakak
Kemaruk naik motor..dulu paling takut nak naik motor sampai nangis2...sekarang sikit2 ajak ronda naik motor...jom, moto!
Suka ajuk apa orang buat.Kekadang ni degil jugak takmo dengar cakap.Kalau daddy marah nanti buat2 merajuk sambil tutup muka dengan tangan.
Selalu kalau dah ngantuk tu mommy soh tido tapi dia pura2 tido siap bunyik kroih kroih lagi..tapi lepas tu bukak mata sambil sengih2.sebab dia belum nak tido.kadang nak kena paksa jugak sebab kita dah tak larat nak berjaga dengan dia.
Sebelum tido mesti baca doa dulu...Alhamdulillah, sejuk perut mommy mengandung dulu
Pandai amik hati...kalau tahu kita marah nanti mulalah dia ngayat , cakap lembut lembut...maaaa, paaaa.... nak marah pun tak jadik!
ABC tak lancar lagi sebab dah jarang sebut tapi dia kenal mana huruf2 tu kalau kita tanya.
Kalau dulu suruh kiss dia akan sua pipi dia kat pipi kita, skang ni dah over plak...kiss siap paut2 leher pastu cemuih muka kita kena air liur dia..
Sayang adik.sikit2 kalau tanya sayang adik tak?cepat2 dia cium peluk perut mommy.Nadiah pun sangat prihatin ngan mommy.kalau mommy mengaduh sakit, cepat2 dia pegang perut mommy sambil cakap, diam..( konon soh adik dia diam la tu...)
suka melaram, pantang kalau nampak mommy bersiap depan cermin dia pun sibuk jugak, "...maaa nak tiptip ( lipstik ), maa bedak ..." pastu jari siap oles kat mata konon2 pakai eyeshadow .bila dah siap mekap dia show off kat daddy plak sambil senyum2 cakap " paaa, cantik?"
kadang-kadang tergediks2 jugak, esp bila jumpa kawan daddy yang dia berkenan sambil senyum2 kambing...hehehhe..pandai ngorat ye anak mommmy nih
skang ni suka menyanyi..kalau dok sorang2 tu dia menyanyi la tah hapa2 lagu..kalau ada muzik plak siap goyang2 kepala...








Wednesday, 24-Oct-2007 12:11 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 2007:Taiping, perak

family potrait
Black and white version
Mommy & Daddy
View all 17 photos...
Tahun ni kami sekeluarga beraya di kg daddy, perak.








Wednesday, 10-Oct-2007 02:37 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri buat semua...

 
Dikesempatan ini, Nadiah sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua kawan-kawan, mommies & babies fp atau sesiapa sahaja yang mengenali kami.Maaf dipinta atas segala kesalahan atau kesilapan sepanjang perkenalan kita...Semoga Bergembira di Hari Raya...

p/s: Berhati-hati memandu pulang ke kampung.InsyaAllah panjang umur kita berjumpa lagi...



Saturday, 29-Sep-2007 02:17 Email | Share | | Bookmark
Berbuka Puasa

3 VOGUE MOMMIES:D
food galore :P
macam twin plak
View all 11 photos...
Ni First time kami berbuka ramai-ramai kat luar .(erkk, ramai ker? 3 family je yang datang instead of sepatutnya 4, 5 atau 6 family )Selalunya kalau berbuka kat luar pon cuma ngan Nadiah & Daddy.Semalam kami berbuka puasa dengan Julie & co & Raz & co @ COZY HOUSE, GE Mall.

* gambar mommies je ada sebab daddies takmo posing..heheheh

* saja tempek gambar makanan nih...SEDAPPPP!


* gambar yang ni pon saja boh kebetulan petang tu ada fashion show kat situ...Model2 nih smer 'live' lagi cantik daripada gambor dalam majalah...




Wednesday, 12-Sep-2007 03:28 Email | Share | | Bookmark
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarrak...




Nadiah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan kepada semua! dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Quote:
KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-




[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net